Selamat Datang
Syahin Syazwan Trading Sdn. Bhd. (SSTSB)
HALAL BERMULA DARI LADANG KE TANGAN ANDA
Halal suatu makanan dan minuman itu ada berkaitan dengan sumbernya, cara pemprosesan, premis atau tempatnya. Jika ia berkaitan dengan haiwan, ia hendaklah disembelih mengikut ketentuan Syarak. Manakala haram suatu makanan dan minuman itu, bergantung kepada sumber dan bahannya, cara pemprosesannya dan keadaan premisnya.
Umat Islam dituntut supaya mencari yang halal. Mencari yang halal itu adalah wajib. Maknanya umat Islam disuruh mencari kalau ia makanan dan minuman carilah yang benar-benar halal lagi baik, yakni suci, bersih dan berkhasiat. Ini selaras dengan anjuran Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam”. (HR Ibnu Abdil-Barr)
Ayam terus dari Ladang SETIAP HARI!
Di SSTSB, NNNNN
Penyembelihan oleh Tukang Sembelih yang terlatih dan dikitiraf JAJ
Setiap tukang sembelih kami mempunyai sijil sembelih dari Jabatan Agama Johor. Mereka adalah yang terlatih dan berpengalaman dalam mempastikan proses halal menjadi keutamaan dan tiada keraguan.
Ayam Sedia untuk Penghantaran
Bagi menjamin kualiti dan kesegaran, ayam disimpan di Cold Room sebelum penghantaran kepada pelanggan pada setiap hari.
Produk Kami
Segar, Halal & Ekonomi
Kami menerima tempahan secara borong/ retail bagi restoran, kedai makan, sekolah dan syarikat. Kami juga menyediakan perkhidmatan bagi majlis- majlis perkahwinan, kenduri dan pelbagai acara keramaian.
Kunjungi Kami
1, MLO 3781-E, BT 16, 2, Jalan Saleng, 81400 Senai, Johor
+6017- 309 0097